Archives

Post

Apabila urusan diserahkan kepada selain ahlinya,maka...~

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, "Ketika Rasulullah saw. di suatu majlis sedang berbicara dengan suatu kaum, datanglah seorang Arab Badwi dan berkata, 'Bilakah kiamat itu?' Rasulullah terus berbicara, lalu sebagian kaum berkata, 'Beliau mendengar apa yang dikatakan olehnya, namun beliau benci apa yang dikatakannya itu.' Dan sebagian dari mereka berkata, 'Beliau tidak mendengarnya.' Sehingga, ketika beliau selesai berbicara, maka beliau bersabda, 'Di manakah gerangan orang yang bertanya tentang kiamat?' Ia berkata, 'Inilah saya, wahai Rasulullah.' Beliau bersabda, 'Apabila amanat itu telah disia-siakan, maka nantikanlah kiamat.' Ia berkata, 'Bagaimana menyia-nyiakannya?' Beliau bersabda, 'Apabila perkara (urusan) diserahkan kepada selain ahlinya, maka nantikanlah kiamat." –Sahih Bukhari


Post

I'M manusia

-Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. 

-Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. 

-Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. 

-Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.

>>Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.
Dari segi biologi, lelaki mempunyai 46 pasang kromosom termasuk XY berbeza dengan perempuan yang mempunyai kromosom XX tetapi masih juga mengekalkan jumlah kromosom yang sama. Berbanding dengan haiwan ciri jantina haiwan tidak semestinya ditentukan oleh kromosom X dan Y tetapi juga dilambangkan dengan kromosom yang berlainan seperti V dan W, mempunyai bilangan kromosom yang lebih besar daripada jantina perempuan bagi haiwan jantan dan lain-lain lagi.

>>Manusia dibezakan daripada haiwan dari ciri fizikalnya dengan kebolehan berjalan di atas 2 kaki, mempunyai dua anggota depan yang dinamakan sebagai tangan yang mampu melakukan aktviti kompleks dan sangat penting bagi dalam kehidupan manusia. 2 kaki manusia cukup untuk digunakan sebagai imbangan dan membolehkan manusia mengaplikasikan 2 anggota unjuran yang lain dengan lebih efektif (tangan).

>>Manusia dari segi Islam juga dikaitkan dengan maksud insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. Walaupun begitu, Islam memberi petunjuk kepada manusia supaya mendekati kesempurnaan itu sendiri untuk keharmonian manusia sejagat dan juga kepuasan individu.
>>Manusia dari segi psikologinya merupakan haiwan yang bersosial. Cara bersosial berbagai-bagai, walaupun tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kaedah sosial manusia sangat kompleks dan lebih maju dari pelbagai aspek dari haiwan yang paling terdekat kebijakannya dari manusia.
Sosial sangat perlu dan merupakan cara paling efektif untuk mendapatkan manfaat secara bersama di antara individu. Oleh yang demikian, manusia yang terkecuali daripada aktivit sosial amat sedikit ataupun mereka diklasifikasikan sebagai manusia abnormal ataupun manusia gila.


SURI TELADAN YG TERBAIK

Allah berfirman di dalam Al Qur'an, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surat 33. AL AHZAB - Ayat 21)

sajak


Aku anak Reformasi
menentang segala korupsi
menyanggah kolusi
sehingga aku mati


Bila ahli korporat
menjadi anjing keparat
maka di situlah aku
membuang segala yang karat


Aku anak Reformasi
menjunjung keadilan
menjulang ketelusan


Tapi apa rupa padah
bila pejuang berpaling tadah
bila semuanya adil
tetapi ada yang lebih adil


Kemana kan ku bawa diri
bila kroni silih berganti
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah


Tentunya ku teruskan
membuka jalan untuk keadilan
untuk perjuangan yang takkan basi
kerana aku Anak Reformasi