Archives

Post

Apabila urusan diserahkan kepada selain ahlinya,maka...~

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, "Ketika Rasulullah saw. di suatu majlis sedang berbicara dengan suatu kaum, datanglah seorang Arab Badwi dan berkata, 'Bilakah kiamat itu?' Rasulullah terus berbicara, lalu sebagian kaum berkata, 'Beliau mendengar apa yang dikatakan olehnya, namun beliau benci apa yang dikatakannya itu.' Dan sebagian dari mereka berkata, 'Beliau tidak mendengarnya.' Sehingga, ketika beliau selesai berbicara, maka beliau bersabda, 'Di manakah gerangan orang yang bertanya tentang kiamat?' Ia berkata, 'Inilah saya, wahai Rasulullah.' Beliau bersabda, 'Apabila amanat itu telah disia-siakan, maka nantikanlah kiamat.' Ia berkata, 'Bagaimana menyia-nyiakannya?' Beliau bersabda, 'Apabila perkara (urusan) diserahkan kepada selain ahlinya, maka nantikanlah kiamat." –Sahih Bukhari


Post

I'M manusia

-Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. 

-Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. 

-Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. 

-Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.

>>Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.
Dari segi biologi, lelaki mempunyai 46 pasang kromosom termasuk XY berbeza dengan perempuan yang mempunyai kromosom XX tetapi masih juga mengekalkan jumlah kromosom yang sama. Berbanding dengan haiwan ciri jantina haiwan tidak semestinya ditentukan oleh kromosom X dan Y tetapi juga dilambangkan dengan kromosom yang berlainan seperti V dan W, mempunyai bilangan kromosom yang lebih besar daripada jantina perempuan bagi haiwan jantan dan lain-lain lagi.

>>Manusia dibezakan daripada haiwan dari ciri fizikalnya dengan kebolehan berjalan di atas 2 kaki, mempunyai dua anggota depan yang dinamakan sebagai tangan yang mampu melakukan aktviti kompleks dan sangat penting bagi dalam kehidupan manusia. 2 kaki manusia cukup untuk digunakan sebagai imbangan dan membolehkan manusia mengaplikasikan 2 anggota unjuran yang lain dengan lebih efektif (tangan).

>>Manusia dari segi Islam juga dikaitkan dengan maksud insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. Walaupun begitu, Islam memberi petunjuk kepada manusia supaya mendekati kesempurnaan itu sendiri untuk keharmonian manusia sejagat dan juga kepuasan individu.
>>Manusia dari segi psikologinya merupakan haiwan yang bersosial. Cara bersosial berbagai-bagai, walaupun tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kaedah sosial manusia sangat kompleks dan lebih maju dari pelbagai aspek dari haiwan yang paling terdekat kebijakannya dari manusia.
Sosial sangat perlu dan merupakan cara paling efektif untuk mendapatkan manfaat secara bersama di antara individu. Oleh yang demikian, manusia yang terkecuali daripada aktivit sosial amat sedikit ataupun mereka diklasifikasikan sebagai manusia abnormal ataupun manusia gila.


Post

Hukum Islam

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah


“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim - yakni menghentikan kezalimannya - serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan - membencikan - hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati - mengutuk - engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka - Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.

Saidina Abu Bakar berkhutbah ketika mula dilantik menjadi khalifah, yang antaranya bermaksud ".....Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih)

 

JOM donlod Wallpaper islamik


Post

new planet>>> let take over the place!!!

let's go...





Post

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia


Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
MONDAY, 10 JANUARY 2011 11:14

Tema yang cukup menarik didengar oleh rakyat Malaysia dan tepat pada masanya ketika negara di landa dengan berbagai krisis, lantaran dipegang oleh orang yang tidak amanah dengan rakyat dan negara. Walaupun ia merupakan tawaran yang menarik untuk rakyat, tetapi meresahkan pemimpin yang berada di puncak kuasa. Sekarang pemimpin BN dilanda dengan mimpi ngeri takut kehilangan kuasa, kerana ini merupakan satu azab di dunia. Media BN diarahkan untuk memburukkan apa yang tercatat dalam buku jingga.
______________________________________________________________________
sekian......


Post

Semua Ade dalaM Al-Quran....

bacalah dan fahamilah.....
-kamu akan dapat jawab semua persoalan di dunia ini....


Post

siapa kah Said Nursi.....

Selepas perisytiharan ‘Masyrutiyyah’
(1908) beliau bersama-sama dengan beberapa sahabatnya
telah menyertai persatuan Ittihad Muhammadi. Persatuan
tersebut menjadi terkenal dalam tempoh yang singkat.
Sehingga dengan sebuah pidatonya, lima puluh ribu orang
dari sekitar Bandar Adapazari dan Izmit telah menyertai
persatuan tersebut.


Post

::mari MENGHAFAL Hadith::



Post

::Meeting dgn Penuh Rasa Mhabbah iLALLAH::


Post

--Peperangan D-zatul riqa'--

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian...sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut tentang kisah yang berlaku di dalam peperangan ini,marilah kita melihat dan meneliti kembali latar berlakunya peperangan ini.Antaranya ialah :

1) Bila berlakunya peperangan ini?

2) Dimana tempatnya?

3) Bilangan orang islam dan bilangan orang kafir yang menyertai peperangan ini?

4) Apakah objektif peperangan ini?

5) Adakah kaum muslimin berjaya atau sebaliknya dalam peperangan in?

Sebagaimana yang ditulis didalam lipatan sejarah, peperangan ini berlaku pada bulan syaa'ban iaitu pada tahun ke-4 H,yang mana kekuatan orang islam ialah seramai 400 orang sahaja,manakala orang kafir pada ketika itu bergabung kepada dua kumpulan iaitu "Bani Thalabah" dan "Bani Muharib"iaitu dari ( khotfan).Peperangan ini berlaku di "NAKHLAN" iaitu kawasan yang terletak di D-zatulriqa' yang mana 90 kilometer dari Madinah.

Rasulullah S.A.W tinggal di Madinah setelah perang Bani Nadhir pada bulan RabiulAwal dan bulan Rabiul Akhir dan sebahagianya pada bulan Jamadil Awal .Beliau kemudianya berperang di Najad dengan Bani Muharib dan Bani Tha'labah dari Ghatafan hing berhenti di suatu perkebungan , iaitu di Dzat Ar-Riqa'.Peperangan ini dikenali sebagai perang Dzat Ar-Riqa', kerana mereka menampal bendera disitu. Ada yang mengatakan kerana ada satu disitu yang disebut sebagai Dzat Ar-Riqa'.Ada juga yang mengatakan mereka melilitkan kain ke kaki mereka yang berlubang.


Post

..::Munsyid : Saff One::..

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerunkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

ya Allah(3x), bantulah kami hidup di dunia dan akhirat..

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa


Post

:: [ JUTawaN pUn MaTi ::[

  • 17 September:
    Polis menghentikan operasi mencari bahan bukti dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting. Tempat ini ditutup dan dikawal rapi oleh polis. Polis juga menjumpai cricket bat yang dipercayai digunakan bagu tujuan pembunuhan (laporan bharian dan TV3)
  • 18 September:
    Siasatan juga mendapati suspek utama tidak pernah dikurnia gelaran Datuk dari mana-mana negeri, malah asetnya juga sudah dibekukan.
    Polis turut memberi amaran sekali lagi kepada media terutama media arus perdana supaya tidak melaporkan apa yang melampaui batas.

    Mohd Bakri menafikan keempat-empat mangsa disembelih, selain dakwaan suspek utama memelihara anjing pembunuh di ladang persendirian miliknya dan menganggap perkara itu boleh mengganggu kelancaran proses siasatan.


Post

.:SATELIT:.

Satelit buatan manusia pertama adalah Sputnik 1, diluncurkan oleh Soviet pada tanggal 4 Oktober 1957, dan memulai Program Sputnik Rusia, dengan Sergei Korolev sebagai kepala disain dan Kerim Kerimov sebagai asistentnya. Peluncuran ini memicu lomba ruang angkasa (space race) antara Soviet dan Amerika.
Sputnik 1 membantuk mengidentifikasi kepadatan lapisan atas atmosfer dengan jalan mengukur perubahan orbitnya dan memberikan data dari distribusi signal radio pada lapisan ionosphere. Karena badan satelit ini diisi dengan nitrogen bertekanan tinggi, Sputnik 1 juga memberi kesempatan pertama dalam pendeteksian meteorit, karena hilangnya tekanan dalam disebabkan oleh penetrasi meteroid bisa dilihat melalui data suhu yang dikirimkannya ke bumi.
Sputnik 2 diluncurkan pada tanggal 3 November 1957 dan membawa awak mahluk hidup pertama ke dalam orbit, seekor anjing bernama Laika.


Post

HIPOTESIS PROTON-NEUTRON

Pernyataan hipotesis


  Suatu unsur dengan nombor jisim A dan  
nombor atom Z mengandungi Z proton dan 
(A - Z) neutron yang terkandung di dalam  
nukleus. Sebanyak Z elektron bergerak  
mengelilingi nukleus bagi menjadikan suatu 
atom yang neutral.

•Contoh: 7N14 ® 7 proton + (14 - 7) = 7 neutron

Bagaimana hipotesis ini sesuai?

Memenuhi hukum keabadian momentum sudut

  Neutron seperti juga proton mempunyai spin . Oleh itu, hukum keabadian momentum sudut dapat dipenuhi  berdasarkan kandungan nukleus mengikut hipotesis proton-neutron.


Post

Kegagalan Hipotesis proton-elektron

Momentum Sudut Nukleus (angular momentum)
Momentum sudut nukleus

I ialah spin suatu nukleus:

Contoh:
Atom Nitrogen dengan A = 14 dan Z = 7 (14 proton dan 7 elektron dalam nukleus).
7N14  14 proton + 7 elektron
 ½+14×(h/2) + ½+7×(h/2)
= (21/2)(h/2)
Momentum sudut bagi atom nitrogen (A genap) bernilai sifar atau satu integer.
Oleh itu, hukum keabadian momentum sudut tidak dipenuhi.
Kesimpulannya hipotesis proton-elektron hanya dapat memenuhi hukum keabadian momentum sudut bagi unsur dengan A-genap, Z-genap dan unsur dengan A-ganjil, Z-ganjil dan tidak bagi unsur dengan A-genap, Z-ganjil dan unsur dengan A-ganjil, Z-genap.


Post

::Welcome to SSP2122 Computational Physics.::

This is a course aims at removing some of the mysteries out of using a computer to do meaningful physical calculation. Students will be introduced to a number of basic methods on how to investigate common introductory physics problems using the fast calculator commonly known as computer.

Students will be taught basic computer programming using Java language in Linux or Windows environment.

Result of calculation will be printed to screen for immediate inspection. Large output then can easily be redirected to a file in the hard disk and using a command line visualization program the data in the file may be plotted onto graphic screen and the graph can be saved as an image in various file format.

Students will also be introduce to ways on how to do computation across computer network and how to visualize result of computation from remote machine on local machine.

Learning outcomesOn successful completion of this course, student should be able, at threshold level, to:

  • formulate and culculate simple physics problems using computer.
  • design a simple interface for interactive physics solver.
  • develope a java program for solving elementary physics problem.
Generic skill benefitted out of this courseOn participating in lab and practical assignments, student should acquire the following computer related skill;
  • hands on familiarity with unix like operating system; console command line mode and X windows GUI mode,
  • experience with working on client server environment specifically using ssh, and
  • experience with using java programming language in intergrated development environment (IDE) specifically netBean 5.x.x.


Post

::my SUBJECT[NuClEus PhySiCs]::

SSP 2213 FIZIK NUKLEUS(NUCLEUS PHYSICS)
Introduces some major concepts and theories in nuclear physics which include a basic concept of interaction processes of nuclear radiation so that the students will have an appreciation of nuclear physics.  The course begins with understanding the basic knowledge of the constituents of nucleus and the properties of nuclear forces. Radiation sources, types and properties of ionizing radiation and the nuclear decay process and the properties of ionizing radiations will be discussed. The interactions of nuclear radiations with mater and mechanism of nuclear reaction are also covered. Some basic concept on radioactivity including radioactive decay law, radioactive decay series and radioactive equilibriums and some nuclear models such as liquid drop model, shell model and optical model of the nucleus will be introduced.   Upon completion, students should be able to describe the nuclear structure and reactions based on the liquid drop, shell and optical models. The students should also be able to discuss radioactivity, radioactive decay, radioactive equilibrium and the sources of radioactivity and ionising radiation, including their interactions with matter.


Post

::wan na lern saing::

If you want to do science, you have to learn to be careful and when to ask for help. Everyone needs help sometimes, so there's nothing wrong with learning to ask for it now.


Post

::PENGAJARAN DARI SEMALAM::

>>><<:::>><<<
::..::..::ASSALAMUALAIKUM::..::..::

OrAnG yG bElAjAR LEBIH BAIK Dr yG MaLAS,
OrG yG fAhAm leBiH bAiK dR oRG yG bElAjAr,
0RANG Yg beRaMaL DgN iLmU lEbIh bAiK dArI yG FaHaM,
OrG iSlAm yG bERaMAl lEBIh dArI oRg bUkAn IsLaM,
bERtAQwA dAlAm aMaL lEbIH BaIk Dr SAmBiL lEwA,
>>::.::..::..::<<
>>:::<<


Post

MENGAPA DIPERLEKEHKAN?

Sudah menjadi fitrah manusia menginginkan sesuatu yang menyenangkan, membahagiakan dan menghiburkan. Tatkala kita yang bergelar mahasiswa kini berada di penghujung semester, sudah pasti sibuk dengan pelbagai persiapan tidak kira yang berada di tahun akhir atau tidak. Mana tidaknya, di saat inilah masa yang ada digunakan untuk menggulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan-tugasan yang masih tertangguh atau melakukan persiapan terakhir sebelum memasuki minggu ulangkaji. Namun dikesibukan kita dalam bergelar mahasiswa, kadang kala kita lupa tanggungjawab kita kepada diri kita sendiri sehingga mengabaikan kesihatan diri dan yang paling penting ialah kita perlu terus istiqomah dalam menjaga hubungan kita dengan Allah swt. Allah berfirman di dalamSurah Adz-Dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud:
 
Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”.

        Di waktu puncak sebeginilah akan timbul tekanan, lemah semangat dan putus asa. Penyelesaian termudah yang diambil ialah melalui hiburan dia mana ada yang berteriak melepaskan tekanan, terlompat-lompat dan berbagai-bagai cara lagi. Namun, kita selaku mahasiswa yang berintelektual malah beragama Islam seharusnya lebih arif dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya songsang dalam mencari ketenangan. Bersederhanalah dalam berhibur kerana Islam tidak menghalang umatnya berhibur tetapi janganlah sehingga melakukan perkara yang haram dan meninggalkan kewajiban kepada Allah swt.  
                                                                 
 Kita sedia maklum, kebanyakan program tidak kira diperingkat kolej mahupun peringkat universiti rata-ratanya menghidangkan hiburan sama ada nyanyian, tarian dan sebagainya. Tapi sejauh manakah hiburan tadi mengikut garis panduan Islam yang sebenarnya. Dan Allah swt berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.”
Niat disini bukan menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi menghukum, tetapi cukup sekadar berkongsi dan membuka mata hati agar masalah yang sama tidak berulang. Tahukah kita sebenarnya UTM mempunyai panduan menjalankan aktiviti pelajar dimana menerangkan peraturan dan panduan yang sepatutnya diguna pakai dalam setiap pengajuran program. Antaranya ialah panduan pembacaan doa di dalam majlis atau program di mana program yang berunsurkan maksiat seperti konsert nyanyian dan tarian yang melalaikan TIDAK BOLEH dilakukan pembacaan doa. 
         Selain itu, terdapat juga panduan kegiatan kesenian / hiburan / kebudayaan yang merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 dan 13 Mei 1981 antara keputusannya berbunyi; jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah HARAM; pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; dan menyanyi untuk menaikkan semangat jihad adalah harus. Universiti juga sebenarnya mempunyai Dasar Kebudayaan & Kesenian UTM (1993) yang telah menggariskan beberapa syarat dan panduan untuk menganjurkan program hiburan seperti persembahan kebudayaan bercorak percampuran jantina tidak dibolehkan, pakaian semasa persembahan hendaklah menutup aurat dan bersesuaian mengikut konteks persembahan, setiap persembahan yang diadakan di waktu malam hendaklah dimulakan selepas solat Isyak dan tidak boleh dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, pada bulan puasa dan pada hari kebesaran Islam dan persembahan kebudayaan wanita hendaklah untuk tontonan wanita SAHAJA. Untuk makluman, ini barulah hanya sebahagian dari peraturannya sahaja, banyak lagi syarat dan panduan yang telah ditetapkan oleh universiti dan maklumat-maklumat ini boleh ditatap di laman web rasmi universiti di http://www.utm.my/hep2/panduan
        Namun, masalahnya sekarang, sejauh manakah mahasiswa kita peka terhadap peraturan yang telah  sekian lama wujud ini. Perkongsian di ruang yang sempit ini akan dianggap gagal sekiranya kita sebagai mahasiswa tidak membuka mata hati dan melaksanakan peranan masing-masing, bukan sekadar menegakkan peraturan universiti tetapi hakikatnya kita mendaulatkan syariat Allah swt.
Waallahu’alam. 

 
  


SURI TELADAN YG TERBAIK

Allah berfirman di dalam Al Qur'an, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surat 33. AL AHZAB - Ayat 21)

sajak


Aku anak Reformasi
menentang segala korupsi
menyanggah kolusi
sehingga aku mati


Bila ahli korporat
menjadi anjing keparat
maka di situlah aku
membuang segala yang karat


Aku anak Reformasi
menjunjung keadilan
menjulang ketelusan


Tapi apa rupa padah
bila pejuang berpaling tadah
bila semuanya adil
tetapi ada yang lebih adil


Kemana kan ku bawa diri
bila kroni silih berganti
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah


Tentunya ku teruskan
membuka jalan untuk keadilan
untuk perjuangan yang takkan basi
kerana aku Anak Reformasi