Archives

Post

Islam can't stand with worDS Oleh: Muhammad Ahmad Rasyid

Inilah situasinya

Masyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulan yang memimpin manusia dalam period tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yang
digubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara:
1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalam
daripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuatan seperti penguatkuasaan undang-undang. Ia juga menanamkan pengertian tauladan yang tidak
boleh digarap oleh kekuasaan.
2. Falsafah, kesusasteraan, dailog dan hujah fuqaha’ mengetuk pasak akal, perasaan dan
roh, lalu meninggalkannya dalam pendirian menerima atau menolak. Ketegasan yang
kaku tidak pernah berupaya untuk menakluk hati, dan juga tidak ada tempat untuk rasa
kasih dan cita.
Dari sini dapat diketahui bahawa seutuh-utuh undang-undang atau syariat ialah undang-undang atau syariat yang disokong dibelakangnya oleh kepercayaan pemimpin yang melaksanakannya. Kerana helah, putar belit atau pencabulan adalah pendekatan
yang digunakan oleh pemimpin ketika mana ia tidak mendapat sokongan.

Oleh kerana itu tidak berlaku, Islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin. Kehidupan Islam tidak akan terbina oleh nas syarak semata-mata, tetapi tiang-tiang Islam ditegakkan oleh kepimpinan daripada kalangan orang-orang yang beriman yang mempunyai kesan yang sepadu, dari kalangan tokoh pengurusan, politikus, ekonomis, industri, fuqaha’, hakim-hakim, sasterawan dan intelektual. Yang mengetuai mereka ialah seorang lelaki yang mengumpul semua kelebihan dan memiliki kepekaan yang syumul. Tidak ada peluang bagi undang-undang Islam untuk melakukan perubahan, tanpa ada memiliki hati yang tersengat dan menganggap perlaksanaan undang-undang Islam satu
ibadat.

Kefahaman ini bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telah diperjelaskan oleh para fuqaha’ salaf. Kerana mereka memahami bahawa para wali Allah yang menolong dan membantu agama-Nya terdapat di kalangan seluruh golongan umat Muhammad (s.a.w.), selagi mereka tidak tergolong daripada kalangan orang yang melakukan bid’ah dan kefasikan yang nyata. Jadi mereka terdapat di kalangan ahli al- Quran dan ahli ilmu. Mereka terdapat di kalangan ahli jihad dan peperangan. Mereka juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan peladang.


SURI TELADAN YG TERBAIK

Allah berfirman di dalam Al Qur'an, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surat 33. AL AHZAB - Ayat 21)

sajak


Aku anak Reformasi
menentang segala korupsi
menyanggah kolusi
sehingga aku mati


Bila ahli korporat
menjadi anjing keparat
maka di situlah aku
membuang segala yang karat


Aku anak Reformasi
menjunjung keadilan
menjulang ketelusan


Tapi apa rupa padah
bila pejuang berpaling tadah
bila semuanya adil
tetapi ada yang lebih adil


Kemana kan ku bawa diri
bila kroni silih berganti
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah


Tentunya ku teruskan
membuka jalan untuk keadilan
untuk perjuangan yang takkan basi
kerana aku Anak Reformasi