Post

:: [ JUTawaN pUn MaTi ::[

  • 17 September:
    Polis menghentikan operasi mencari bahan bukti dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting. Tempat ini ditutup dan dikawal rapi oleh polis. Polis juga menjumpai cricket bat yang dipercayai digunakan bagu tujuan pembunuhan (laporan bharian dan TV3)
  • 18 September:
    Siasatan juga mendapati suspek utama tidak pernah dikurnia gelaran Datuk dari mana-mana negeri, malah asetnya juga sudah dibekukan.
    Polis turut memberi amaran sekali lagi kepada media terutama media arus perdana supaya tidak melaporkan apa yang melampaui batas.

    Mohd Bakri menafikan keempat-empat mangsa disembelih, selain dakwaan suspek utama memelihara anjing pembunuh di ladang persendirian miliknya dan menganggap perkara itu boleh mengganggu kelancaran proses siasatan.

SURI TELADAN YG TERBAIK

Allah berfirman di dalam Al Qur'an, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surat 33. AL AHZAB - Ayat 21)

sajak


Aku anak Reformasi
menentang segala korupsi
menyanggah kolusi
sehingga aku mati


Bila ahli korporat
menjadi anjing keparat
maka di situlah aku
membuang segala yang karat


Aku anak Reformasi
menjunjung keadilan
menjulang ketelusan


Tapi apa rupa padah
bila pejuang berpaling tadah
bila semuanya adil
tetapi ada yang lebih adil


Kemana kan ku bawa diri
bila kroni silih berganti
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah


Tentunya ku teruskan
membuka jalan untuk keadilan
untuk perjuangan yang takkan basi
kerana aku Anak Reformasi