Post

--Peperangan D-zatul riqa'--

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian...sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut tentang kisah yang berlaku di dalam peperangan ini,marilah kita melihat dan meneliti kembali latar berlakunya peperangan ini.Antaranya ialah :

1) Bila berlakunya peperangan ini?

2) Dimana tempatnya?

3) Bilangan orang islam dan bilangan orang kafir yang menyertai peperangan ini?

4) Apakah objektif peperangan ini?

5) Adakah kaum muslimin berjaya atau sebaliknya dalam peperangan in?

Sebagaimana yang ditulis didalam lipatan sejarah, peperangan ini berlaku pada bulan syaa'ban iaitu pada tahun ke-4 H,yang mana kekuatan orang islam ialah seramai 400 orang sahaja,manakala orang kafir pada ketika itu bergabung kepada dua kumpulan iaitu "Bani Thalabah" dan "Bani Muharib"iaitu dari ( khotfan).Peperangan ini berlaku di "NAKHLAN" iaitu kawasan yang terletak di D-zatulriqa' yang mana 90 kilometer dari Madinah.

Rasulullah S.A.W tinggal di Madinah setelah perang Bani Nadhir pada bulan RabiulAwal dan bulan Rabiul Akhir dan sebahagianya pada bulan Jamadil Awal .Beliau kemudianya berperang di Najad dengan Bani Muharib dan Bani Tha'labah dari Ghatafan hing berhenti di suatu perkebungan , iaitu di Dzat Ar-Riqa'.Peperangan ini dikenali sebagai perang Dzat Ar-Riqa', kerana mereka menampal bendera disitu. Ada yang mengatakan kerana ada satu disitu yang disebut sebagai Dzat Ar-Riqa'.Ada juga yang mengatakan mereka melilitkan kain ke kaki mereka yang berlubang.

SURI TELADAN YG TERBAIK

Allah berfirman di dalam Al Qur'an, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surat 33. AL AHZAB - Ayat 21)

sajak


Aku anak Reformasi
menentang segala korupsi
menyanggah kolusi
sehingga aku mati


Bila ahli korporat
menjadi anjing keparat
maka di situlah aku
membuang segala yang karat


Aku anak Reformasi
menjunjung keadilan
menjulang ketelusan


Tapi apa rupa padah
bila pejuang berpaling tadah
bila semuanya adil
tetapi ada yang lebih adil


Kemana kan ku bawa diri
bila kroni silih berganti
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah


Tentunya ku teruskan
membuka jalan untuk keadilan
untuk perjuangan yang takkan basi
kerana aku Anak Reformasi